Before you judge my life, my past or my character... Walk in my shoes, walk the path I have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. Remember, everyone has a story. When you've lived my life then you can judge me. Thankyou ♥

Friday, March 2, 2012

Adakah Anda Berdua Pasangan Serasi ?? ^^



 
 

wahh , kali nie aku nak share s0mething laa dalam bl0gg aku nie .
aku yakin u all dah tau inf0 nie daripada FB .
tapi aku sajee c0py and paste here untuk bacaan masa hadapan .
s00 senang tak payah nak cari at sel0k bel0k dalam FB tuu .
teng0k jea at sini oukee ?? ^^,

ADAKAH ANDA SERASI BERSAMA PASANGAN ANDA ??

Adakah anda berdua pasangan serasi ?

Jika anda inginkan perkahwinan yang bahagia ,
carilah pasangan yang berbeza posisi dengan anda .
Semakin jauh , semakin baik .
Pasangan yg urutan lahirnya bermula dari belakang ,
biasanya saling menarik antara satu sama lain .
Sehingga sangat baik dalam kehidupan perkahwinan .
Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sebagai anak dalam keluarga serta saranan penting sebagai panduan .

SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama .
Masalah yang dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar daripada sifat mereka sendiri yang inginkan kesempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yang lebih berkuasa dalam apa juga perkara .
SARANAN UNTUK PASANGAN INI

* Berhenti daripada terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yang bahagia . Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal .
* Jangan suka membuat andaian yang berlebihan tentang sesuatu perkara . Contohnya perkara yang belum berlaku , tetapi anda sudah menentukan bahawa ia pasti berlaku . Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yang keras , bukan hanya kepada diri sendiri tetapi juga kepada pasangan . Ini adalah sikap yang sangat tidak baik kerana setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan .
* Definisikan peranan masing-masing dengan jelas . Ini dapat mengelakkan daripada perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yang berhak melakukan ini atau itu . Berbincang dan putuskan dari awal tentang tanggungjawab masing-masing .
* Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi . Tidak semestinya apa yang anda inginkan akan anda dapati .
* Dalam mencapai sesuatu perkara , mungkin caranya lebih baik daripada cara anda . Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik . Apa kata cuba dulu cara yang kamu sarankan ini .”

SULUNG + TENGAH = PARADOKS

Anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dalam mempertahankan sesebuah perkahwinan .
Fakta penting bagi anak tengah , anak sulung adalah ‘paradoks’
(kelihatan bercanggah tetapi benar)
yang membosankan . Sebagai anak yang memiliki kakak/abang serta adik ,
anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur , berbincang dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yang sebenar .
SARANAN UNTUK PASANGAN INI

* Selalulah berbincang . Jangan biarkan pasangan anda berkata , “semuanya ok” tanpa mengetahui hal yang sebenarnya . Berusahalah untuk berkongsi perasaan antara satu sama lain .
* Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa . Khususnya bagi anak sulung , beri pasangan anda hadiah atau kejutan-kejutan kecil kerana kebiasaannya anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga .
* Jika ada masalah , selesaikan segera . Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama .

SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yang ideal dan saling tertarik antara satu sama lain .
Anak sulung mengajar perkara-perkara yang berkaitan dengan prinsip hidup dan rancangan masa depan .
Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup .
Sebaiknya ialah , isteri sulung sementara suami bongsu .
Wanita yang lahir sebagai anak sulung , sifat keibuannya sangat tinggi .
Sementara lelaki yang lahir sebagai anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorang ibu .
Dalam hal ini , mereka saling lengkap melengkapi .
Namun perlu diingat , kebahagian dalam perkahwinan bukan ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’ .

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

* Jangan sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda . Terutamanya jika pasangan anda lelaki . Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah , bukan hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang .
* Jangan terlalu memperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda . Kerana setiap orang mempunyai kelemahan , tetapi ia harus diperbaiki dengan cara sebaik mungkin . Jangan terlalu drastik , tetapi pasti .
* Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain .
* Komunikasi perlu sentiasa dijaga . Pastikan bahawa peranan anda dan pasangan tetap seimbang dalam posisi yang wajar .

TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi .
Tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan dan sering takut jika idea mereka tidak diterima .
SARANAN UNTUK PASANGAN INI

* Jika sukar untuk bercakap , cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan . Seperti surat , kad ataupun sms .
* Bina kepercayaan diri pasangan melalui pujian , ciuman , dakapan dan sebagainya .
* Luaskan pergaulan . Bergaullah dengan rakan-rakan , baik di pejabat ataupun tetangga . Tetapi elakkan daripada kecurangan atau perkara-perkara yang negatif .
* Sentiasa menghormati pasangan . Contoh mudah ialah jangan lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat .

TENGAH + BONGSU + AMAN
Seorang pasif dan seorang lagi sosial .
Satu kombinasi yg baik dalam segala aspek .
SARANAN UNTUK PASANGAN INI

* Jangan sesekali memperlekehkan pasangan anda , walaupun mungkin idea yang dikemukan kedengaran pelik dan lucu . Dengar dan fikirkan .
* Sesekali cubalah idea-idea baru . Bukannya apa , sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua .
* Berusahalah untuk menonjolkan kelebihan pasangan anda .
* Berusaha untuk berkongsi dalam segala hal . Jangan menangis atau ketawa sendirian .

BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT
Kombinasi ini sering terjebak dengan masalah kewangan serta beberapa masalah berat lainnya .
Kerana itu sejak daripada awal lagi , mereka hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak dan kewajipan masing-masing .
Juga kesepakatan untuk menerapkan disiplin dalam rumah tangga .
Jika ia diabaikan , sudah pasti segalanya menjadi kelam kabut .
Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan orang lain .
SARANAN UNTUK PASANGAN INI

* Jangan suka bertikam lidah , sebaliknya jadilah pendengar setia untuk pasangan . Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk menyelesaikan segala masalah .
* Sentiasa berkomunikasi dengan baik dan saling mengingatkan , agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini .
* Jangan memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari .
* Hadapi segala apa yg mendatang dengan tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dengan keceriaan .
Namun catatan ini tidak lebih daripada suatu kebiasaan yang sering dilihat .
Jadi , bagaimana pun posisi anda , hendaklah sentiasa berusaha yang terbaik .
Juga jangan lupa bersyukur walau di mana posisi anda dalam keluarga agar tidak mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda .
Dengan kata lain , apa yang dicatatkan hanyalah sebuah petunjuk ,
bukannya anak panah . :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...