Before you judge my life, my past or my character... Walk in my shoes, walk the path I have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. Remember, everyone has a story. When you've lived my life then you can judge me. Thankyou ♥

Friday, June 1, 2012

Cerpen Peekachumey ^^

PROLOG

     Bird Chirping alarm tone beralun merdu seiring dengan cuaca pagi membuatkan si empunya handphone terjaga dari tidur. Si gadis mencapai handphonenya lalu melihat jam pada paparan skrin Nokia 3120 Classic. Si gadis terus bangun dan menarik tuala mandi pada penyangkut besi di belakang pintu. Setelah mandi , si gadis bersiap-siap untuk ke kolej. Penampilan yang simple sesuai dengan dirinya sebagai seorang pelajar dan hanya mengenakan solekan ringkas; mencalitkan sedikit celak di bahagian atas mata dan menempekkan alas bedak supaya bekas jerawatnya tidak begitu kelihatan. Dia tidak pernah memakai gincu di bibir kerana dia sendiri tidak berminat. Si ibu melihat anaknya dengan penuh kasih sayang tersenyum lalu mengarahkan si gadis supaya bersarapan terlebih dahulu. Sambil menikmati nasi goreng air tangan ibunya, mereka menonton drama Melayu di TV1 dengan penuh penghayatan. Hubungan mereka sebagai ibu dan anak cukup mesra.
_____________________________________________________
     Beg berisi laptop dipikul dan si gadis menyalami tangan ibunya sebagai tanda hormat juga memohon restu. Baginya, tanpa restu ibunya, dia tidak rasa selamat untuk keluar dari rumah. Kelihatan dari jauh seorang demi seorang berlari ke arah bus stop dan menaiki bas Metro 46/46D Pantai Dalam. Si gadis turut menaiki bas tersebut lalu membayar tambang ketika konduktor bas menghampirinya. Sementara pemandu bas tersebut menunggu penumpang, sedang si gadis merenung ke luar tingkap, handphonenya berbunyi menandakan SMS masuk ke inbox !

"Kau kat mana ?" tanya Farhan , sahabat sekuliah dengannya.
"Aku dalam bas laa.. baru jea naik.. Nape ?" balas si gadis.
"Semalam kan aku suruh kau tunggu aku mesej.. Adoii.."
"Aku ingat kau lupa.. Aku tunggu kau tak mesej mesej.. Aku risau bas Maluri lambat nanti.. Aku dah cakap if kau tak mesej sebelum jam 12pm, aku gerak naik bas.."
"Habis tu macam mana ? Aku naik kereta nie.. Rugi laa aku sorang je.."
"Takpelaa.. Aku turun kat LRT Bangsar, kau amik aku kat sana k ?"
"Aku baru bangun nie.. kau nak ke tunggu aku lama ?"
"Takpe .. Aku tunggu .. :)"

Si gadis turun dari bas setelah destinasinya tiba dan menunggu sahabatnya datang mengambilnya. Sementara menunggu, dia ke 7-Eleven untuk membeli air. Tekaknya merintih kehausan. Dalam cuaca yang panas terik, kelihatan orang ramai yang lalu-lalang di sekitar Bangsar ini masing-masing cuba untuk mengelak daripada pancaran sinar sang suria. Ada yang berpayung, ada yang hanya menutup atas mata dengan tangan, ada juga yang berteduh di bawah bumbung kedai. Si gadis hanya duduk di perhentian sambil menikmati Susu Coklat Dutch Lady, menanti dan terus menanti sahabatnya...
     Selang 2jam 45minit, baru sahabatnya muncul bersama Proton Wira berwarna biru muda yang dipandunya. Dengan langkah yang teratur, si gadis meloloskan dirinya ke dalam kereta.
'Fuhh.. Leganya rasa apabila kedinginan suhu penghawa dingin menembusi diri..' si gadis bermonolog di dalam hati.
Keadaan jalanraya tidak lah begitu sesak menyebabkan masa yang diperlukan untuk ke Taman Maluri menjadi singkat.
     Sesampainya di Fatimah Food Corner, Tahir, juga sahabat sekuliah dengan mereka menyambut kehadiran mereka. Pekerja di restoran tersebut lantas menuju ke arah mereka untuk mengambil order. Si gadis menekan butang di handphonenya lalu menaip sesuatu dan mesej dihantar kepada penerima.
Setelah empat orang sahabat berkumpul, mereka menjalankan aktiviti mereka seperti yang dibincangkan. Aktiviti melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar tahun akhir sungguh membuatkan mereka rasa tertekan. Tambah lagi masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan thesis amat suntuk !

Tanpa disedari, jam dinding milik restoran tersebut sudah pun bergerak ke angka enam ! Farhan dan Tahir telah lama pulang ke rumah meninggalkan si gadis dengan Namika. Memandangkan tiada siapa yang boleh mengambilnya dari kolej, si gadis ingin bergegas pulang kerana dia takut akan ketinggalan bas. Selesai mengemas barangnya, menyimpan laptopnya ke dalam beg, mereka membuat bayaran di kaunter dan beransur pulang...
     Si gadis menunggu bas Rapid B112 yang menuju ke Brickfields. Penantian terus berlalu membuatkan si gadis berasa bosan. Handphone yang digenggam dipicit-picit keypadnya dengan laju untuk menaip SMS...
"Hye.. buat apa ?"
"Hye... tak buat apa pon.. Kau ?"
"Aku ngah tunggu bas nak balik rumah.."
"Ohh.. Kenapa balik lambat ?"
"Tadi busy buat kerja sampai tak sedar dah jam 6.30pm.."
Si gadis terus berSMS dengan temannya juga sahabatnya tetapi berbeza bidang.

     Langit mulai kelam menandakan waktu malam bakal tiba. Melihat jam pada paparan handphonenya, waktu Maghrib sudahpun tiba. Temannya SMS lagi....

"Dah Maghrib nie.. Kau dah naik bas ?"
Si gadis terus membalas ..
"Hmmm... Belum.. Aku pon tak tau laa mane pergi bas-bas nie.. Dah sejam tunggu kott.."
"Biar aku anta kau laa.. senang.."
"Eh takpe takpe ! Aku tak nak menyusahkan kau.."
"Tak susah pon laa.. Aku lagi risau kau sorang sorang kat sana.. Kau tuu perempuan.. Dah malam nie..."
"Takpe takpe .. Jap lagi sampai laa bas tuu :)"
"Oke laa kalau macam tu.."

Si gadis bermonolog ..
'Aku cakap je tak nak menyusahkan kau tapi kau datanglah ambil aku.. aku saje je nak jual mahal.. hmm.. padan muka aku..'

     Setengah jam berlalu, bas Rapid B112 masih tidak kelihatan. Kemana agaknya bas tu pergi ? Adakah pemandunya beragama Islam dan ingin menunaikan solat fardhu Maghrib terlebih dahulu ? Jika ya, masa yang diperlukan untuk melaksanakan kewajipan bukanlah terlalu lama sehingga penumpangnya harus menunggu lebih daripada satu jam.. Tahap kebosanan si gadis sudah mencapai high level ! Tidak senang duduk dibuatnya. Sekejap berdiri, sekejap duduk. Sekejap mengiring ke kanan, sekejap mengiring ke kiri.. Kejap mendongak, kejap mendagu, kejap menunduk.. Serba tak kena ! Dalam pelbagai keadaan, handphonenya berbunyi lagi.. Dengan pantas si gadis membaca SMS yang diterimanya.
"Dah naik bas ?"
"Belommmmm.." Kali ini si gadis benar-benar lesu seakan-akan tidak bermaya untuk menanti bas yang tak pasti.
     Si gadis tertanya-tanya kenapa temannya itu tidak membalas mesejnya..
'Mungkin kredit dia habis kot.. Hmm .. Biarlah..' si gadis bermonolog lagi.
Si gadis bertambah takut apabila ada seorang lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga tua duduk di sebelah kiri dan kanannya. Demi menghilangkan rasa gemuruh serta curiga, dia bermain-main handphonenya sambil berselawat. Terkumat-kamit bibirnya selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Mungkin dua orang di sebelahnya itu berfikir bahawa gadis tersebut bernyanyi kecil untuk menghiburkan hati. Mata si gadis tidak beralih daripada arah jalanraya dimana bas yang ditunggu muncul dari situ.
     Tiba-tiba seorang lelaki memberhentikan motorsikalnya di hadapan gadis tersebut dan membuatkan si gadis terpana ! Kerana di hadapannya itu adalah teman baiknya yang berSMS dengannya tadi ! Si gadis tidak berganjak malah masih mempamerkan rasa terkejutnya seakan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.
 ___________________________________________________
EPILOG

     Sambil menghulurkan helmet, temannya memberi isyarat agar si gadis memboncengnya. Si gadis perlahan-lahan menghampiri temannya sambil memuncungkan bibirnya seperti itik dan membuat muka sedih seolah-olah ingin menceritakan kekecewaanya terhadap pengangkutan awam yang hilang entah kemana. Sambil mencapai helmet yang dihulur, si gadis bersuara...
"Eh ! Aku ingat aku mimpi sekarang nie .."
"Jangan nak terkejut sangat, aku hantar kau balik ye.."
"Patutlah tak balas mesej tadi..."
     Si gadis sungguh terharu akan sikap temannya yang benar-benar mengambil berat tentang dirinya..

Kesimpulannya, seorang gadis akan memberi alasan TIDAK MAHU MENYUSAHKAN sesiapa baik keluarga mahupun sahabatnya di dalam apa jua keadaanya walaupun di dalam hatinya meronta-ronta meminta pertolongan. Gadis seperti ini akan dikatakan EGO TINGGI , JUAL MAHAL ..
Tetapi lelaki yang benar benar memahami pasti akan dapat membaca kata hati gadis tersebut :)

SEKIAN , TERIMA KASIH .

# Dalam cerpen ini, watak yang dinyatakan adalah diri AKU sendiri. Aku laa "si gadis" itu.. Kisah benar ini berlaku pada 25 April 2012 .. Teman yang dimaksudkan aku adalah SYAHMI , seorang teman baikku di dalam susah dan senang , juga di dalam suka dan duka .

TERIMA KASIH , SYAHMI !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...