Before you judge my life, my past or my character... Walk in my shoes, walk the path I have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. Remember, everyone has a story. When you've lived my life then you can judge me. Thankyou ♥

Monday, June 11, 2012

Warkah Terakhir Untukmu


 
Coretan kali nie adalah luahan hati aku yang telah lama aku pendam. Aku menaip dengan penuh rasa dukacita bukan untuk meminta simpati tapi aku dah tak tahan nak simpan semua perasaan nie lagi kerna aku takut ianya menjadi sebuah DENDAM. Tidak, aku bukanlah jenis yang memendam rasa sehingga menjadi seorang pendendam tapi bila aku mengadu / meluahkan, ada juga yang tak suka mendengar dan bosan. So, apa yang harus aku buat? memendam / meluahkan? Sebab tuu wujudnya blog dalam hidup aku. Even blog bukannya sesuatu yang bernyawa, tapi blog lah tempat aku meluahkan segala yang terbuku. Biarlah panjang mana karanganku, asal aku lega & puas mencoretkannya menjadi sebuah cereka ...

    Tanpa dugaan, tanpa perbalahan, tanpa persahabatan, bukanlah suatu kehidupan namanya. Sudah puas aku dihina, dicaci, dimaki, dikeji, namun aku masih bisa berdiri menghadapi kerana ALLAH SWT. Sungguhpun SAKIT masih terasa, aku tetap akan memaafkan mereka. Kerana apa? Kerana aku hanyalah insan biasa. Sedangkan ALLAH SWT mengampuni dosa besar hambaNya , sedangkan Nabi Muhammad SAW juga berbesar hati memaafkan dosa umatNya, apatah lagi kita yang hanya manusia kerdil di muka bumi ALLAH. Ya, memang benar kata orang, kita bukan Tuhan mahupun Nabi sebab tuu kita sukar untuk memaafkan orang yang sakiti kita, tapi kita kena berfikir secara matang. Kesukaran kita untuk memaafkan orang menyebabkan ALLAH membenci kita kerana kita telah diseru untuk memaafkan kesalahan orang lain walau sebesar mana sekalipun, selebihnya biarlah Dia yang tentukan ..

    Wahai kawan, kau tak tahu aku lebih rasa teraniaya berbanding denganmu. Kau tak mudah memaafkan kesalahan aku tapi kau pernah tak nak tanya aku sama ada aku memaafkan kau & dia or tak. Sedangkan dia lebih teruk mengaibkan aku. Kau tahu semua tuu kan?
Bahkan kau HEBOH pada semua yang AKU YANG MENGANIAYA KAU .
Macam lah aku buat kau teruk sangat. Aku mengaku, aku hanya mengadu yang kau selalu terasa dengan apa yang aku buat. Tambah lagi kau membalas dengan SINDIRAN HEBAT !
Perkara yang aku tak buat tapi kau mencanangkan aku buat ,
aku benar benar melakukannya !
Sampai aku mention nama kau. Sejak tuu aku dah agak kita bakal bergaduh besar tapi aku tak peduli.
Tanpa aku jangka, aku dapat kata kata kotor lagi kesat daripada CINTA HATI kau .
Tapi kau bersetuju dengan kata kata kotor yang dilemparkan ke atas aku. Kau seorang gadis juga kan? Apa perasaan kau bila orang gelar kau PEREMPUAN MURAHAN sedangkan kau tidak sebegitu !
Sungguh sakit rasanya apabila perkara tuu dilempar secara terbuka di FACEBOOK .
Aku menangis sambil menjerit pada waktu yang sama pada malam tuu .
Sehingga family aku & sahabat aku turut berduka melihat keadaan aku yang seperti kanak kanak tersedu sedan melepaskan sebak di dada .
Kasihnya dia sebagai seorang sahabat, FL memadam semua komen keji tersebut sebelum ianya tersebar lebih luas supaya keaiban itu tidak kekal di situ ; membenarkan orang ramai membaca .
Kebetulan pada hari ulangtahun perkahwinan kakak kandungku, dia benar benar rasa sebak & tertekan melihat situasi tersebut turut mengalirkan airmata .
Maafkan aku kerana melibatkan family dia, bukan aku yang pinta.
Kakak & abang iparku benar benar tidak menahan sabar kerana SATU perkataan tuu & kerana mereka lebih mengenali diriku .
Namun segalanya telah berlalu ..
Aku hanya ingin kau tahu, sedalam mana rasa SAKIT ku ,
sejauh mana rasa BENCI ku , even sehingga kini ,
aku tetap juga mencuba untuk melupakan & memaafkan kalian. Kita sama sama semakin meningkat dewasa.
Aku tak hipokrit , aku tak bermuka muka. Terpulang pada diri kau untuk menilainya.
Andai aku tiada di dunia nie, aku cuma berharap kau akan memaafkan aku . Izinkan aku tenang di alam sana. Janganlah kau menyeksa aku dengan kesukaran kau untuk memaafkan aku.

Memandangkan kalian TIDAK PERNAH MEMINTA MAAF kepadaku,
kerana kalian berasa diri kalian di tempat yang benar,
biarlah aku mengalah & bukan bermakna aku begitu bersalah terhadap kalian .
Kata maafku nie bukanlah hanya untuk seketika ,
bukan hanya pada hari mulia Hari Raya ,
bukan juga untuk suka suka ,
tapi untuk selamanya ,
untuk setiap hari selagi aku masih bernyawa ,
selagi aku masih melihat dunia fana ...

Jika kau masih bersangka buruk pada aku, silakan ...
Aku takkan menghalang perasaan kau .
Aku juga mungkin tak akan muncul dalam hidupmu lagi .
Anggaplah kata kata terakhir aku kerana kalian pernah mengenali aku .
Selepas nie , kau nak anggap kita tak pernah kenal pon tak mengapa .
Mungkin itu yang TERBAIK buat kau , dia mahupun diri aku sendiri .

Sebelum aku mengakhiri coretan ini, dengan penuh rasa bersyukur,
aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian .

Salam Akhir Daripada Aku Yang Kau Kenali Sebagai PEEKACHUMEY ~
SEKIAN , WASSALAM .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...