Before you judge my life, my past or my character... Walk in my shoes, walk the path I have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. Remember, everyone has a story. When you've lived my life then you can judge me. Thankyou ♥

Tuesday, March 12, 2013

Andai Ku Tahu ~

 
Andai ku tahu apa yang berlaku pada hari ini ,
Takkan ku pilih pada masa lalu ..
Andai ku tahu Allah SWT menulis takdirku begini ,
Takkan ku bersusah payah pada masa lalu ..
 
Ehh .. Apa yang andai ku tahu tuu ?
Lirik lagu ke ? huhuu ~
Actually aku nak luah something ..
Sebabnya aku dah tak tahan nak pendam ..
Pedih ulu hati aku ney ..
* dalam iklan kata minum lah Gaviscon .. minum apa jadah ..
 
Oukee ..
Berbalik pada tajuk entri ..
Aku sekarang meneruskan bisnes mak aku .
Bisnes dobi .. yang u all klik like page at sidebar aku tuu ..
Permasalahanya sekarang ..
Ramai yang suruh aku sambung study , cari kerja luar ..
Oukee ! No problemo !
Yang jadi masalahnya , mereka mereka ney tak paham keadaan aku .
Mereka ney tak sesudah meruntuhkan semangat aku .
Kata mereka , buang duit aku belajar pandai pandai ,
akhirnya ke dobi sambil mentertawakan aku .
Termasuklah orang terdekat ..
Siapa ? Biarlah ALLAH SWT saja yang tahu .
Aku tak nak mention sebab nanti mengaibkan orang .
Sepatutnya , mereka memberikan kata kata semangat , bukan menjatuhkan semangat aku .
Apa dobi tuu hina sangat ke ?
Aku belajar pun boleh gunapakai lah kat dobi .
Someday , kedai aku tuu aku buat office .
Hanya kepadaNya aku meminta ketabahan hati .
 
Apa yang membuatkan aku tak nak sambung study mahupun kerja luar ,
bukan sebab aku malas nak cari ..
Aku dah pernah apply dah pun ..
Just aku tak sanggup tolak permintaan bonda tercinta ..
Beliau pinta agar aku dapat membantunya dalam bisnes ney ..
Beliau tak mahu ambil pekerja luar sebab zaman sekarang banyak kemungkinan yang negatif .
Soo katanya lagi , lebih baik beri gaji pada anak sendiri berbanding dengan pekerja luar ,
yang belum tentu cara kerjanya memuaskan .
Gaji serupa dengan kerja luar .
Bezanya aku dapat menyimpan lebih berbanding jika aku kerja luar .
Sebab , bila aku kerja luar , aku perlu bertambang , makan , dan sewa rumah mungkin .
Soo gaji aku bekerja sendiri lebih berbaloi daripada gaji kerja di luar ..
Aku lah satu satunya harapan beliau
 
U all fikir jelah kan ..
Anak mana yang sanggup menolak permintaan ibunya .
 Tambah lagi bisnes kami sudah pun membuka cawangan kedua .
ALHAMDULILLAH .
Allah memberikan kami rezeki secara sederhana ..
Even kekadang aku rasa terhina , macam kerdil sangat dalam kalangan mereka ney ,
namun ada juga yang memberi aku sokongan serta dorongan .
Terima kasih mak dan sahabat baik ..
Kekadang aku cuba untuk ketawa tapi dalam hati aku menangis ..
Sebak rasa hati ..
 `` Sepatutnya , mereka memberikan kata kata semangat , bukan menjatuhkan semangat aku ''
 
Soo u all dah paham kann ..
Aku cuba jelaskan rangkap yang kat atas tadi ..
Andai ku tahu apa yang berlaku pada hari ini ,
Takkan ku pilih untuk belajar tahap diploma dulu ..
Cukuplah sekadar SPM ..
Tapi mana nak tahu kann mak lebih memerlukan aku ..
 
Andai ku tahu Allah SWT menulis takdirku begini ,
Takkan ku bersusah payah apply kolej , kejar bas pergi dan balik , turun naik tangga kolej , berjaga tengah malam untuk menduduki exam ..
Tapi segalanya sudahpun berlalu ..
 
Aku tak pernah kesal kerana ilmu yang aku peroleh di kolej sebab sedikit sebanyak dapat memberi aku pengetahuan tambahan ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...