Before you judge my life, my past or my character... Walk in my shoes, walk the path I have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. Remember, everyone has a story. When you've lived my life then you can judge me. Thankyou ♥

Thursday, March 14, 2013

The Last Exorcism Part 2 ^^

Haluu haluu ..
Hari ney terasa laa betapa letihnya aku berjalan sakan ..
first destination aku adalah Kotaraya jeaa ..
sebab nak beli segala keperluan harian like body lotion , eyeliner , cologne ..
then niat aku nak cari cenderahati kat Central Market ..
maklum laa , ramai kenalan aku birthday bulan ney ..
soo tengah masyuk better beli dulu .
nanti dah sengkek apa pon tak boleh
sambil nak ke Maybank seberang jalan , Fahmie text aku .
Ajak aku turun ke Times Square ..
Aiyakkk ! mati kutu aku kejap .. sebab aku tak biasa nak ke sana sesorang ..
dia pon macam jadi tak jadi jeaa .
sementara tunggu keputusan muktamad , akhirnya dia berkata "kalau sayang , datang ea" ..
Caaitt ! kalau tak pancing aku dengan ayat manis tuu tak sah dia ney ..
sahabat kann .. sebab sayang sahabat laa aku gagahkan kaki aku menuju ke sana ..
tengok jam dah menunjukkan 6.30pm .
adess .. sebelum Maghrib better aku cepat .
Aku memilih untuk naik teksi .. mahal tak mahal .. asal aku selamat ..
Alhamdulillah .. pakcik melayu ney sungguh baik ..
nampak aku macam takut , dia ajak aku berborak cerita masa depan ..
then dia kata aku nak dating ke .. hahahahaa ! tergelak kejap .. hilang dah takut ..
aahh , dating dengan kawan baik .. ngeee ~
 
sesampainya di TS ( shortform Times Square ) jam 7.30pm ,
boleh plak dia call kata tak jadi nak datang ..
Hampeh mamat ney mempermainkan aku .
ingat aku tak paham dengan perangai dia yang suka bergurau macam tuu ..
alamatnyaa tak jadi laa dia nak tipu aku . weeekkk !
kalau pon betul dia tak jadi datang , sebulan lamanya aku merajuk nanti .. huhuu .
dia sampai jea , terus terjah aku .. geram lah tuu ..
kaki aku dah melecet dah .. hahahaha ..
then kami terus beli tiket wayang dulu .. nampaknya dia cepat cepat keluarkan kad debit dia .
aku nak bayar , dia tak kasi ..
wayang start jam 8.10pm .. kami ke surau dulu ..
dahulukan kewajipan ..
nak cari surau punya laa lucu ..
ada ke patut dia tanya orang bukan Islam . dah tentu dorang tak tahu mana surau .
aku suruh tanya orang Islam tak jauh dari tuu ada kaunter ..
bergegas ke tingkat 8 ..
selesai , kami turun ke tingkat 3 , beli popcorn and air ..
aku paksa dia ambil duit aku ..
adil laa kann .. sesama belanja ..
 
aku beriya pilih muvee The Last Exorcism II ..
dia iyekan jea tanpa banyak songeh ..
tengok aku beriya sangat agaknya .. hahhahaa !
 
NAMA MUVEE : THE LAST EXORCISM PART II
SINOPSIS : ...sambungan dari filem yang pertama , remaja yang bernama Nell Sweetzer ditemui dalam keadaan ketakutan dan kotor di dalam hutan setelah dia terlepas dari upacara syaitan dimana kultus membantunya melahirkan bayi iblis ( maybe tak berapa paham kalau tak tengok part I ) ..
dalam kekeliruan , Nell diperiksa oleh seorang doktor tetapi Nell tak mampu mengingati segala peristiwa yang berlaku sebelumnya kecuali dengan hasil segalanya , keluarganya telahpun meninggal dunia .
Nell berpindah ke Davreaux - rumah gadis di New Orleans , untuk membantu Nell membuka hidup baru bersama bantuan terapi oleh Frank Merle . Nell juga mula bekerja di hotel tempatan dan bercinta dengan Chris . Tetapi ada sesuatu yang tidak kena pada diri Nell kerana iblis yang merasukinya dalam LAST EXORCISM I kini sedang mencarinya kembali untuk memiliki dirinya secara mutlak . Ia mahukan Nell dalam keadaan yang berbeza dari sebelumnya ..
 
Bila tengok and baca sinopsis memang macam menarik perhatian kann .
Tapi mengikut penadapat aku laa , better tak payah tengok muvee ney .
Ending agak mengarut ,
aku rasa part I lagi seram sebab ada jugak patah riuk badannya , bengkok sana sini ,
tapi part II ney hampeh kata aku ..
Kesimpulannya , jangan menilai sesuatu dari segi luaran ..
Pengajaran untuk aku jugak sebab aku dah buangkan masa and duit Fahmie ..
WAKAKAKAKAKAA !
SORRY A LOT YEAA AWAK .
LEPAS NEY AWAK PILIH LAA MUVEE ..
SAYA DAH SERIK !  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...