Before you judge my life, my past or my character... Walk in my shoes, walk the path I have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. Remember, everyone has a story. When you've lived my life then you can judge me. Thankyou ♥

Friday, April 5, 2013

Dua Kalimah ^^

Pertama sekali aku nak ucap ALHAMDULILLAH .
Kerana perancangan hari ney tiada apa apa halangan .
Sekali lagi aku keluar bersama Famie ..
Hari Jumaat juga pilihan kami .. Huuhuu ..
Sahabat aku kini yang sentiasa di sisi selain Peeya , Munceet dan Capixx ..
Kalau Muncett masih di sini , Peeya masih free , Capix jarak dekat ,
aku hanya memilih mereka ..
Tapi kini masa telah merubah segalanya ..
Aku tidak kehilangan mereka cuma mereka sibuk dengan kehidupan baru mereka .
MISS THEM A LOT !
 
Oukeee .. berbalik pada tajuk entri asal ..
Kami memilih untuk menonton filem tempatan ..
Disebabkan tiada pilihan lain yang lebih menarik perhatian ..
Lagipun aku memang kepingin benoorr laa kann nak tengok 2 Kalimah ..
Tengok thriller at TV macam best gituu ..
 
Kali ney aku treat Famie ..
Dia belanja aku makan segala ..
Sementara tunggu waktu wayang , kami ke restoran ..
Bukan McD , bukan KFC , bukan Chicken Rice Shop ..
HAHAHAH ..
Hanya restoran biasa biasa sajeee ..
 
Then lepas makan bagai , kami terus naik ke atas ..
Memandangkan waktu hampir bermula ..

 
2 Kalimah ~
Kisah yang mengayat hati aku ,
yang memberi pengajaran pada aku ..
Juga pada semua yang menonton ..
 
SINOPSIS :
 
Kepulangan Aiman ( Shaheizy Sam ) dan kekasihnya Selena ( Nora Danish ) dari Australia ke kampung Aiman terganggu dan mereka dikejutkan dengan tiga kisah yang memperlihatkan azab ALLAH SWT yang berbeza tanpa sempat tiba ke kampung halamannya .
 
Kisah pertama : Azab yang dihadapi oleh Kashif kerana mengamalkan ilmu hitam untuk kepuasan sendiri .
Kisah kedua : Azab yang diterima oleh Pian kerana derhaka kepada ibunya dengan kekejaman yang dilakukan ke atas ibunya sehingga menyebabkan kematian .
Kisah ketiga : Azab yang ditanggung oleh Maria kerana berzina ..
 
Selena yang melihat kejadian itu berasa amat takut dan dia tahu itu semua adalah petunjuk supaya mereka bertaubat .
Dia amat berharap agar Aiman yang tinggi ilmu agamanya boleh membimbingnya ke jalan yang diredhai ALLAH . Tapi malangnya mereka terpesong jauh akidahnya .
Aiman masih mencintai Humaira ( Yana Samsudin ) dan cuba untuk mendekatinya semula namun Humaira tetap menjauhkan diri kerana ternyata Aiman adalah suami kepada Selena .
Namun sebenarnya Aiman membohongi ayahnya yang juga Penghulu Kampung dan Ustaz bahawa dia sudah menikahi Selena di bumi Australia malah menutup segala kejahilan yang telah dilakukan bersama Selena .
Bahkan Selena sudah hamil .
Dia juga membohongi ayahnya bahawa dia telah tamat pengajian di Tanah Arab .
Hari demi hari , Selena dihimpit rasa bersalah dan nekad untuk menceritakan hal yang sebenar kepada keluarga Aiman namun dia diugut oleh Aiman .
Sehinggalah Aiman ditakdirkan jatuh sakit setelah dia cuba memperkosa Humaira .
Pergerakannya terbatas dan dia juga sukar untuk mengucapkan Dua Kalimah syahadah .
 
Persoalannya , siapakah sebenarnya Selena yang dikenalkan sebagai isteri Aiman ?
Mengapa Aiman pulang dari Australia sedangkan dia melanjutkan pelajaran di Arab ?
Apakah Aiman akan mengotakan segala janjinya kepada Selena untuk kembali ke jalan ALLAH ?
Adakah Aiman akan kembali pulih dan bertaubat ?
 
Segalanya akan terjawab setelah anda menonton filem 2 Kalimah ini ..
 
SEKIAN ..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...