Before you judge my life, my past or my character... Walk in my shoes, walk the path I have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. Remember, everyone has a story. When you've lived my life then you can judge me. Thankyou ♥

Sunday, March 16, 2014

Tragedi Pesawat MAS MH370 ~ (╥_╥)

KRONOLOGI ISU KEHILANGAN PESAWAT MAS MH370 SECARA TIBA TIBA :
 
8 MAC 2014
  •  Setelah 40minit berlepas ke Beijing , MH370 dilaporkan kesan radar tidak dapat dikesan .
  • Lokasi terakhir - 120 batu nautika timur Kota Bharu sekitar Laut China Selatan ..
  • MAS keluar kenyataan pertama kehilangan pesawat pada jam 7.24am .. Sidang media pertama Penerbangan Malaysia di KLIA dilakukan pada jam 11am ..
  • Dato' Seri Najib Razak berjumpa dengan keluarga penumpang di KLIA pada petang jam 6.28pm . Beliau mengumumkan bahawa MH370 belum ditemui ..
  • Operasi mencari pesawat MH370 diperluaskan secara langsung telah membabitkan kerjasama negara luar .. Antaranya ialah Vietnam , China , Singapura & USA ..



9 MAC 2014
  • Dikhabarkan bahawa petanda awal kehilangan pesawat dapat dikesan oleh tentera udara Vietnam yang menemui dua kesan besar tumpahan minyak di perairan Vietnam namun masih belum disahkan ..
  • Pesawat tentera udara Vietnam merupakan sebahagian daripada pasukan penyelamat dalam operasi mencari pelbagai negara yang dilancarkan selepas penerbangan MH370 hilang dari kesan radar dalam 40minit setelah berlepas dari KLIA ke Beijing .. Menjadi tanda tanya lagi , kenapa tiada pengumuman awal dari MAS ?
  • Kawasan pencarian diperluaskan lagi .. Terdapat kemungkinan pesawat berpatah balik dan lokasi berbeza dikenalpasti ..
  • Mengenai tompokan minyak seperti yang dilaporkan sebelum ini disiasat dengan lebih terperinci namun keputusannya tiada serpihan yang ditemui ..
  • Bekerjasama dengan Agensi Risikan Antarabangsa bagi meneruskan siasatan dan Unit Risikan Malaysia diaktifkan ..
  • Terdapat 2 penumpang misteri yang menggunakan passport palsu dan siasatan ke atas maklumat semua penumpang dijalankan ..


11 MAC 2014
  • Timbul kes Raja Bomoh dimana Malaysia cuba untuk mencari ' jalan lain ' untuk mendapatkan sebarang petunjuk dimanakah lokasi MH370 .. Namun demikian , cara yang digunapakai tidak diterima oleh sesetengah pihak sama sekali kerana ianya berunsur khurafat dan amat memalukan negara .. Sungguh tak disangka bahawa Malaysia mudah pengaruh dengan kaedah yang menyekutukan ALLAH TA'ALA ..



12 MAC 2014
  • Pihak media menyatakan MH370 terhempas di Pulau Perak .. Tapi persoalannya , jika benar terhempas , pasti ada kesan yang ditinggalkan .. Walau apapun , tunggu laporan media seterusnya ..
  • Pelbagai spekulasi rakyat dan konspirasi kerajaan yang timbul namun segalanya seolah olah memperbodohkan kita semua kerana kenyataan yang dibentangkan ibarat main tarik tali .. Sekejap di sana , sekejap di sini .. Bayangkan apakah perasaan yang menghimpit keluarga mangsa .. Apa yang mampu hanyalah berdoa ..
13 MAC 2014
  • Tiada langsung keputusan pasti yang dibuat oleh pihak INTERPOL . Cara mereka membuat sidang media amat tidak meyakinkan masyarakat ..Terdapat pelbagai teori yang dicipta oleh sesetengah pihak ..
  • Isu lirik lagu Pitbull ft. Shakira dimana maksud lirik tersebut menggambarkan suatu perancangan mereka terhadap Malaysia .. Namun begitu , anggap itu semua sebagai satu kebetulan sajaa .

14 MAC 2014
  • MAS terus memberikan sokongan kepada misi mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia misi ini memasuki hari ke-7 ..
  • Pegawai kanan Pentagon memaklumkan bahawa terdapat 'petunjuk' MH370 yang hilang mungkin terhempas di lautan Hindi ..
  • Perdana Menteri , Dato' Seri Najib Razak menyertai jemaah Masjid Sultan Abdul Samad KLIA menunaikan solat Jumaat serta solat sunat hajat khas mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal MH370 ..

19 MAC 2014
  • Dalam sidang akhbar Perdana Menteri secara rasminya Dato' Seri Najib Razak mengumumkan bahawa keluarga mangsa tidak perlu bimbang kerana para penumpang dijamin selamat ..
  • MH370 disahkan membuat pusingan balik dan pihak berkuasa Malaysia masih mengkaji sebab kenapa pesawat MH370 membuat air turn back ..
  • Operasi SAR di Laut China Selatan dihentikan ..
  • Trasponder dimatikan apabila pesawat melalui sempadan Vietnam ..
  • Operasi pencarian dua koridor : Koridor Utara - Utara Thailand ke sempadan Khazakhstan manakala Koridor Selatan - Utara Indonesia ke Selatan Lautan Hindi ..



20 MAC 2014
  • Menurut Perdana Menteri Australia , Tony Abbot , dua objek dipercayai milik pesawat ditemui .
  • Australia mengetuai pasukan pencarian di selatan Lautan Hindi ..
  • Beliau telah menerima maklumat tersebut berdasarkan daripada satelit ..
  • Misi mencari kotak hitam terus dijalankan namun tiada kesempatan sehinggalah tempoh hayat kotak hitam tersebut ..

24 MAC 2014
  • Perdana Menteri Malaysia , Dato' Seri Najib Razak mengadakan sidang akhbar pada malam jam 9.45pm di PWTC mengenai penemuan dua objek yang dikesan oleh pesawat Australia ..
  • Beliau mengesahkan bahawa pesawat MH370 hilang di selatan Lautan Hindi pada jam 10pm ..
  
AL - FATIHAH .

 
 Sumber Berita >> Astro AWANI
                           
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...