Before you judge my life, my past or my character... Walk in my shoes, walk the path I have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. Remember, everyone has a story. When you've lived my life then you can judge me. Thankyou ♥
Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Kekejaman Mereka TERBALAS !

Memang dah lama sangat aku tak update blogg aku ney ..
Ramai jugak yang bertanya .
Terima kasih pada yang follow blogg peeka yang sederhana ney ..
 
Memandangkan baru baru ney ada media menyebarkan perkembangan terkini
tentang arwah Auntie Sosilawati ..
Aku sebagai anak saudara arwah begitu teruja untuk mengetahuinya .
Mungkin u all tanya kenapa media sebar baru aku dapat tahu kann .
Sebabnya Auntie Sosilawati tuu bekas auntie aku .
Arwah kahwin dengan pakcik aku iaitu Nash Lefthanded ..
 
Sejak mereka bercerai , aku tidak lagi bertemu dengan mereka sehingga laa tersebarnya
kejadian tragis yang menimpa arwah ..
 
Berbalik pada entri asal ,
pada hari Jumaat 24 Mei 2013 bersamaan 14 Rejab 1434 ,
kami sekeluarga menerima berita tentang suspek yang terlibat menerima hukuman yang setimpal .
Selama 3 tahun menanti akhirnya ALLAH SWT memberi pembalasan terhadap mereka .
Sesungguhnya kami begitu bersyukur ke hadrat Illahi ..
Especially Erni Dekritawati , tentunya beliau begitu berpuas hati kerana
roh ibunya kini tenteram dan kematian ibunya terbela ..
 
raya terakhir bersama keluarga tercinta
Berikut kronologi kejadian : -

6 SEPTEMBER 2010
Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya , 47 , hilang sejak 30 Ogos 2010 selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam , Ahmad Kamil Abd Karim , 32 ; pegawai CIMB , Noorhisham Mohamad , 38 dan pemandunya , Kamaruddin Shamsudin , 44 .. Sosialawati dikatakan membawa RM4 juta bersama ..
                              
          

7 SEPTEMBER 2010
Dua kereta BMW masing masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5 , milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui di Apartment Angsana , Taman Subang Mewah , Subang Jaya ; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12 , Subang Jaya . Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa RM4 juta ..

8 SEPTEMBER 2010
Polis melaporkan Sosilawati dan 3 individu lain masih dalam negara . Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang , Banting pada jam 4 petang , 30 Ogos lalu . Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang 3 hari melalui telefon pada malam 30 Ogos ..

9 SEPTEMBER 2010
Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan . Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk . Polis menahan 5 suspek berhubung kehilangan 4 mangsa itu ..

10 SEPTEMBER 2010
Polis menemui lokasi 4 mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat , Banting .. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya . Polis mengesahkan bahawa Sosilawati , Noorhisham , Ahmad Kamil dan Kamaruddin dipukul sampai mati , mayat mereka dibakar di Teluk Gadong sebelum abunya dibuang ke dalam sungai ..


Walaupun kini segalanya selesai , namun persoalannya benarkah mereka berempat ini digantung sampai mati seperti yang diuar uarkan oleh pihak polis dan media ?? Sebab aku begitu bimbang jika mereka hanya menyatakan hukuman tanpa berbuat demikian seperti kes pembunuhan Altantuya yang digemparkan oleh orang ramai bahawa pembunuh mangsa sebenarnya masih hidup bebas ; tidak dihukum gantung sama sekali !

YA ALLAH ..
ENGKAU MAHA MENGETAHUI ..
BERILAH PETUNJUK KEPADA KAMI ..
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA ADIL ..

Saturday, August 20, 2011

Pada Bulan RAMADHAN ..

bulan RAMADHAN nie , aku sering teringatkan 0rang tersayang
yang telah meninggalkan dunia .

arwah adik , datuk , makt0k , kak Eja , pakl0ng , makngah , andak .. :'(

tapi yang paling tragis arwah aunty aku , Dat0' S0silawati Lawiyah .

teringat masa dia kahwin ngan Pakcik saudara aku , Nash Lefhanded .



tak sangka lepas dia bercerai ngan pakcik aku , dia pergi meninggalkan
kami buat selamanya .
susah nak terima hakikat cara pemergiannya tuu .
manusia kejam yang meragut nyawanya .


media menyiarkan berita tentang kematiannya ,
dia dibunuh , dibakar hidup hidup ..
sunggguh perit rasanya .
sebagai saudara , terasa amat kesakitan yang dialaminya .

sem0ga mereka yang kejam tuu mendapat balasan ALLAH SWT .
sedekah AL-FATIHAH pada mereka yang telah pergi .
sem0ga mereka tenang di sana .

Sunday, April 3, 2011

Al-Fatihah Lagi ..

♥ Muhammad Haikal Hafizi ♥

si kecil nie anak saudara aku .
petang tadi aku dapat berita yang membuatkan aku shocked !
berita kematiannya pada pagi tadi .
sebab kematiannya undetermine .
si kecil yang baru nak lihat dunia kini berada di syurga .
menanti ibu bapanya di sana .
maybe ALLAH amat menyayanginya .

Al-Fatihah buat si kecil nie ..

Tuesday, March 22, 2011

Al-Fatihah ..


hari nie Pak Ngah aku kembali ke rahmatullah .
pemergiannya amat terasa kerana arwah satu satunya t0k imam yang dikenali di kawasan rumah aku .
kali terakhir aku berjumpa dengannya ,
ketika aku baru pulang dari k0lej .
senyuman dan tegurannya yang mesra tak penah aku lupakan .
sejak aku kecil lagi aku rapat dengannya .

sungguh aku rasa sebak melihat jenazahnya diusung t0k dikebumikan .
sem0ga r0hnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama 0rang yang beriman .

AMINNN YA RABBAL ALAMIN .
AL-FATIHAH .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...