Before you judge my life, my past or my character... Walk in my shoes, walk the path I have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. Remember, everyone has a story. When you've lived my life then you can judge me. Thankyou ♥
Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

Nasihat Kubur ~

  
 
Aku adalah tempat yang paling GELAP di antara yang gelap ,
maka TERANGILAH aku dengan TAHAJJUD ..
Aku adalah tempat yang paling SEMPIT ,
maka LUASKANLAH aku dengan SILATURRAHIM..
 Aku adalah tempat yang paling SEPI ,
maka RAMAIKANLAH aku dengan perbanyak baca AL-QURAN ..
 
Aku adalah tempatnya binatang yang MENJIJIKKAN ,
maka RACUNILAH ia dengan AMAL SEDEKAH ..
 
Aku yang menyepitmu hingga HANCUR bila mana tidak solat ,
maka BEBASKAN sempitan itu dengan SOLAT ..
 
Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat SAKIT ,
maka BEBASKAN rendaman itu dengan PUASA ..
 
Aku adalah tempat MUNKAR DAN NAKIR bertanya ,
maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucapkan kalimah "LAILAHAILLALLAH" ..
 
Sampaikanlah ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim ..
Walau hanya kepada seorang ,
Kerana ..
Saat kamu membawa Al-Quran , Syaitan biasa biasa saja ..
Saat kamu membukanya , Syaitan mulai curiga ..
Saat kamu membacanya , Syaitan mula rasa gelisah ..
Saat kamu memahaminya , Syaitan berasa kejang kejang ..
Saat kamu mengamalkannya dalam kehidupan seharian , Syaitan akan stroke ..
Terus dan terus membaca serta amalkan agar Syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati ..
 
Sekecil apapun amal ibadah , ALLAH SWT menghargainya puluhan kali ganda ..
 

Saturday, October 27, 2012

Salam Aidiladha ^^

Salam Aidiladha buat semua kaum Muslimin serta Muslimat .. 
Tanggal 25 Oktober 2012 ,
Malam Hari Raya Qurban tiba ..
aku sekeluarga berangkat ke Segamat , Johor pada tahun nie .
selalunya aku beraya at KL jeaa .
memandangkan abang ipar dapat cuti ,
dapat laa pulang ke Johor .
Abah tak dapat cuti soo abah jaga Omel at rumah .. huhuuu
tepat jam 5pm kami bertolak and bersalaman dengan abah at kedai dobi .
sebab abah tak ikut kami bersama , abah jaga kedai sebelum pegi ke tempat keje pukul 7pm nanti .
dalam perjalanan , aku membaca doa supaya Allah SWT melindungi kami dari sebarang kecelakaan .
sesampainya di Felda Maokil , suasana jalan gelap gelita ,
hanya kereta kami sajee yang lalu at situ ,
bayangkan jea laa ape perasaan aku time tuu
tetiba ada sekumpulan lembu dok santai at tengah jalan .
HAHHAHA (!)
SUMPAH COMEL !
abang ipar hon jeaa sampai lembu lembu tuu bergerak ke tepi .
then jalan lagi , jumpa sekumpulan lembu lagi .
kali nie lagi macam selamba ..
punya laa lembu tuu dok baring atas jalan ..
HAHHAHAHA !
adesss , memang nak kena sembelih lembu nie kann ..
kang ada lembu yang kena culik nie kanggg ..
besok pagi keluar Berita Utama yang lembu diculik pada malam raya
ALHAMDULILLAH , kami selamat tiba ke rumah pakcik saudara ( Pak Itam )
pada jam 10.30pm ..
lambat sampai sebab jalan teramatlah sesak !
tapi seronok sebab sampai sampai jeaa satay dah terhidang !
woooww , special nye kehadiran kami .. hehee ..
Terima Kasih Pak Uda sebab barbeque kann satay satay nie ..

26 Oktober 2012 , 

keluarga Mak Uda balik ke Kuantan lepas makan ..
kami pulak berangkat ke kampung halaman area Segamat jugak tapi Labis ..
atok ( nenek ) dah tak sabar nak balik rumah dia .. huhuu ..
petang petang bukan main bahangnya terasa ..
tapi tak hujan hujan ..
then abang ipar nak belanja anak anak saudaranya makan aiskrim .
Fuhhhh , lega rasa tekak .
Terima Kasih , Abang Khairul !
then keluarga Cik Mat pulak pulang ke Batu Pahat ..
tinggal laa keluarga aku and Mak Usu ..
malam tuu kepenatan sangat ,
adik saudara aku , Zyqa terlena at atas sofa .
aku dodoikan dia sampai laa aku ponn terlelap ..
nie laa adik saudara paling manja ngan aku , Zyqa ..
27 Oktober 2012 ,

lepas sarapan , kami berangkat pulang ke rumah masing masing .
Mak Usu balik ke rumah mertua at Tampoi .
kami sampai ke KL dalam jam 2pm .
terus ke kedai dobi ..
Abang Khairul and akak aku , Kakyul balik Sabak Bernam .
rumah belah suami akak aku .
letih jugak sampai sampai jeaa buat keje at dobi . huhuuu
tapi nasib tak banyak baju
emm oukee laaa .
aku dah penat nak menaip ..
lagipun Raya Haji nie tak sepanjang karangan Raya Syawal .. ngeeee ~

Friday, August 10, 2012

10 Malam Ramadhan Terakhir ^^

Sesungguhnya aku menanti ketibaan malam yang lebih baik daripada seribu malam ini .
# ALHAMDULILLAH
Kerana Dapat Bertarawikh , Witir Bersama Umat Islam Yang Lain
Tanpa Apa Apa Halangan :)




MARILAH KITA SAMA SAMA MENGAMALKAN AMALAN SUNAT
BAGI MEMANFAATKAN PELUANG INI ; MENAMBAHKAN PAHALA .
INSYAALLAH AKAN DATANGNYA HIKMAH .
YANG PENTING KUATKAN KEYAKINAN DIRI KEPADA ALLAH SWT .
AAMINNNN ~

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H ^^

SALAM SEJAHTERA SEMUA :)


Marilah sama-sama kita selawat ke-atas Nabi S.A.W. 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
Di Sini Aku Selitkan Beberapa Maklumat Tentang Nabi Muhammad SAW .
Siapa Yang Sudi Untuk Membaca , Silakan Membaca Dimulakan Dengan Bismillah .
Biodata Nabi Muhammad S.A.W :

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H ^^

SALAM SEJAHTERA SEMUA :)


Salam Menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1433) pada hari ini ,
dan 1432 hijrah akan meninggalkan kita ,
banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan .
Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan
menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM .
Apakah azam kita pada tahun baru ini ?
Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana
terleka dengan kehidupan yang sementara ini .
Apapun marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara
yang membawa kepada sesuatu yang baik.

Pengertian AWAL MUHARRAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah) . Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib , kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi . Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah , ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri .
Pada asasnya , Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah . Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91) . Sejak pemansuhan itu , umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan .

Peristiwa-peristiwa penting :

~ 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah .
~ 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran .

Pada 10 Muharam juga telah berlaku :

~ Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
~ Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
~ Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
~ Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
~ Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
~ Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
~ Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
~ Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
~ Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
~ Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
~ Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
~ Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
~ Hari pertama Allah menciptakan alam.
~ Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
~ Hari pertama Allah menurunkan hujan.
~ Allah menjadikan 'Arasy.
~ Allah menjadikan Luh Mahfuz.
~ Allah menjadikan alam.
~ Allah menjadikan Malaikat Jibril.
~ Nabi Isa diangkat ke langit.

Doa Akhir Tahun 

Doa Akhir Tahun dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah .

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua . Dengan sebab membaca doa ini , Allah ampunkan dosanya setahun"

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun pula , insyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut .

Doa Akhir Tahun ialah :
Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau ridhai dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3x selepas Solat Maghrib (waktu maghrib) pada malam satu Muharram .

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Doa Awal Tahun ialah :
Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yang awal dan atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang berlimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu disepanjang tahun ini dari syaitan dan para pembantunya dan dari bala tentaranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
 
Amalan-Amalan Sunat :

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam seperti :-

~ Berpuasa. 
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
~ Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
~ Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3x
~ Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3x

Semoga dapat kita berkongsi kepada semua . InsyaAllah .
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433.

Sunday, November 6, 2011

Salam AidilAdha ^^

SALAM SEJAHTERA SEMUA :)

bagi yang beragama Islam di sini ,
Peeka Chumey ingin mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"

atau dengan kata nama lain ,
"SELAMAT HARI RAYA QURBAN"
dan
"SELAMAT HARI RAYA HAJI"
bagi yang menunaikan haji di K0ta Makkah :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...