![]() |
| raya terakhir bersama keluarga tercinta |
Berikut kronologi kejadian : -
6 SEPTEMBER 2010
Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya , 47 , hilang sejak 30 Ogos 2010 selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam , Ahmad Kamil Abd Karim , 32 ; pegawai CIMB , Noorhisham Mohamad , 38 dan pemandunya , Kamaruddin Shamsudin , 44 .. Sosialawati dikatakan membawa RM4 juta bersama ..

7 SEPTEMBER 2010
Dua kereta BMW masing masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5 , milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui di Apartment Angsana , Taman Subang Mewah , Subang Jaya ; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12 , Subang Jaya . Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa RM4 juta ..
8 SEPTEMBER 2010
Polis melaporkan Sosilawati dan 3 individu lain masih dalam negara . Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang , Banting pada jam 4 petang , 30 Ogos lalu . Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang 3 hari melalui telefon pada malam 30 Ogos ..
9 SEPTEMBER 2010
Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan . Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk . Polis menahan 5 suspek berhubung kehilangan 4 mangsa itu ..
10 SEPTEMBER 2010
Polis menemui lokasi 4 mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat , Banting .. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya . Polis mengesahkan bahawa Sosilawati , Noorhisham , Ahmad Kamil dan Kamaruddin dipukul sampai mati , mayat mereka dibakar di Teluk Gadong sebelum abunya dibuang ke dalam sungai ..
Walaupun kini segalanya selesai , namun persoalannya benarkah mereka berempat ini digantung sampai mati seperti yang diuar uarkan oleh pihak polis dan media ?? Sebab aku begitu bimbang jika mereka hanya menyatakan hukuman tanpa berbuat demikian seperti kes pembunuhan Altantuya yang digemparkan oleh orang ramai bahawa pembunuh mangsa sebenarnya masih hidup bebas ; tidak dihukum gantung sama sekali !
YA ALLAH ..
ENGKAU MAHA MENGETAHUI ..
BERILAH PETUNJUK KEPADA KAMI ..
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA ADIL ..





