Before you judge my life, my past or my character... Walk in my shoes, walk the path I have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. Remember, everyone has a story. When you've lived my life then you can judge me. Thankyou ♥
Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Bercuti Bersama Tersayang D' Langkawi ^^

 
Sebenarnya hari ney still bekerja seperti biasa ..
Tapi terpaksa tutup 5jam lebih awal sebab nak berangkat ke Perlis malam ney ..
Bermula laa rentetan waktu sepanjang keberangkatan kami ke sana ~
 
6.00pm - balik rumah siap segala ..
8.30pm - dah mula keluar dari rumah and standby dalam van sewa ..
9.00pm - sampai ke KL Sentral ..

9.30pm - announcement sudah kedengaran bermakna kami dah boleh gerak turun ke bawah , naik KTM ..

Bermula laa sesi snapping antara Peeka and Peeya ..
Bak kata Stacy , " kami suka bergambar ! " HAHA !

Bila tahap kebosanan dah melampau ,
duduk tak kena , berdiri tak kena ..
Maklum laa , 12jam perjalanann .. Mau tak kematu punggung + pinggang neyy . haha ..
Aku and Peeya nak bangun dari tempat duduk , nak pergi cari Famie ..
Berjalan laa dalam gerabak tuu sampai ke belakang ..
Rupanyaa dia dok smoking kat pintu gerabak sambil berkenalan dengan sorang budak laki ney ..
Namanya Ilham dan kami memanggilnya Am ..
Saat perkenalan tuu , Am jugaa perkenalkan kami dengan 13 lagi rakannya ..
Woooww ! Bertambah kenalan kami dalam KTM neyy ..
HAHAHAHA !
Yang paling best , mereka sangat sporting , friendly and happeing !


Kisah kami tidak laa berakhir di sini ..
Tetapi ,, sambungannyaa pada hari esok yeaa ..
Tidoo duluuu ~ Heheheee !
Nak tahu kisah selanjutnyaa , klik di bawah yeaaa ;)

E S O K ( 1 APRIL 2014 )

Sunday, December 8, 2013

Majlis Cukur Jambul Anak Buah PeekaChumey ^^

ALHAMDULILLAH !
Bertemu kita kembali di ruangan blogg Peeka ..
Al maklum laa orang busy , jarang ada masa untuk menghadap lappy ..
 
Oukee , entri awal bulan Disember ney aku nak share
tentang majlis khas buat anak buah aku iaitu Muhammad Izz Syarhan ..
 
Muhammad Iz Syarhan
7 Disember 2013 ,
Kami 3 sekeluarga iaitu keluarga aku , Mak Usu and Mokde berangkat ke Sabak Bernam pada jam 9pm ..
Kami telahpun membuat tempahan homestay di sana melalui abang ipar aku ..
Kami tiba ke destinasi hampir jam 12am ..
Segalanya indah walaupun waktu malam keadaan sekeliling gelap ..
Sebab ada jeti ..
Ada kisah lucu yang terjadi time sampai ney ..
Mak aku laa punya excited , siap bawa toto pegi naik atas ambil kunci homestay kami ..
Rupanya kami masuk kawasan pejabat , tempat mengambil kunci sajaa ..
Padan laa ada pintu pagar elektrik ..
Kami sangka selamat laa stay at kawasan yang ada security ney ..
HAHAHAAH (!)
Adesss , macam batak sangat pulak kami ..
Maklumlaa first time menginap homestay ~
Aku and Mak Usu asyik gelak jea mengenangkan situasi tuu ..
Then tengah malam layan muvee dalam lappy Si Selenge .
Mujurlaa dia bawak lappy , kalau tak bosan selagi mata takmau lelap ..
Kami layan muvee KL Zombi .. Wakakaaa ~
 
Aku selitkan beberapa keping gambar bagi menceritakan situasinya ..
Homestay D'Muara - gambaran pada waktu siang -
 
Katil , Perhiasan , Bahagian Dapur
Setibanya Di Homestay


Dua Cousin Aku Yang Comel - Kak Ila n Zeeqa
Bunga Telur

Goodies Bag

Chocolates
 
8 Disember 2013
 
Sebelum ke majlis , kami bergambar dulu .. buat kenangan terindah ~
Layan monyet monyet liar .. hahaha ..
Majlis bermula di Kampung Haji Dorani , jam 10am ..
Sekumpulan marhaban kaum wanita dan mangsa cukur jambul ada 4orang termasuklaa anak buah aku ..
 
Dalam 4orang tuu , anak buah aku yang paling ligat ..
Tak reti duduk diam , orang nak cukur jambul dia , dia nak capai segala ..
Hahahaa .
Setelah selesai majlis cukur jambul , kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur ..
Sebelum tuu singgah at tepi jalan , minum air kelapa ..
Ada cendol kelapa ..
Agak pelik bagi orang macam aku ney ..
Maybe u all yang penah minum cendol kelapa ney tak pelik laa kann ..
Sebab jenis aku , sukar nak mencuba something yang baru especially bab makan ney ..
Dengan kata lain , aku ney cerewet .. huhuu ~
 
Sampai KL dalam jam 4pm ..
Minum petang , masing masing lepak !
Penat sangat laa kann even tak buat kerja berat ..
Aku yang duduk dalam kereta jea ponn penat , apatah lagi yang drive ..
Photographer aku Si Selenge ponn nak balik ..
Katanya takut terlelap at rumah orang , tak bangun nanti ..
Hahahah ! tak bangun takpe awak , nanti dapatlaa peluang untuk saya simbah sebaldi air atas muka orang
Ngeeeee ~ * kejahatan terserlah
 
Apapun , amat gembira selama 2 hari ney ..
Kemeriahan yang terasa walaupun hanya 3 buah keluarga ..
Hanya kekurangan seorang cousin yang paling riuh iaitu Kolin ..
Beliau tiada ponn kami riuh sekampung at homestay ibarat menggegar bumi ,
apatah lagi kalau si Kolin ada , terbelah bumi terus ! HAHA !

Thursday, October 17, 2013

Diari AidilAdha Peekachumey ^^


 
 
Suasana raya aku sememangnya meriah bersama sanak saudara ..
Tapi cuma tak banyak bergambar ..
Sebab kesibukan yang melanda .. huhuu ..
 
14 Oktober 2013 // 9 Zulhijjah 1434
Lepas Zohor kami sekeluarga berangkat ke Segamat , Johor ..
Abah tak balik sama disebabkan beliau tak dapat cuti raya pada tahun ney ..
Kami tiba ke destinasi pada jam 5pm gituu ..
Yang menanti kehadiran kami adalah keluarga Maksu and keluarga Mokde ..
Keluarga Cik Mat malam ney sampai .. ngeeee ~
 Sampai jeaa terus aku keluarkan game yang sering diingatkan oleh Si Colin ..
Tak lain tak bukan UNO !
Tapi raya kali ney aku bawak segala yang ada ..
Tutup botol , Happy Family and Donkey ..
Huahuahuahuaaa !
 
15 Oktober 2013 // 10 Zulhijjah 1434
Bermula laa sesi korban pada pagi raya ney ..
Pengalaman pertama kami sekeluarga mengorbankan seekor lembu ..
Alhamdulillah , proses menyembelih amat mudah ..
Kerana lembu yang kami terima sungguh baik ..
Seolah olah merelakan dirinya dijadikan korban ..
Terharu rasa hati melihat airmatanya mengalir ..
Sempat aku mengusap kepalanya and menepis airmatanya ..
Ketika korban , lembu tuu sikit pon tak meronta ..
Hanya terdengar ia merengus nada tanda melepaskan nafas terakhir ..
Agak lama menanti ia bertarung nyawa ..
Kedengaran seperti ia menyebut nama ALLAH SWT ..
SUBHANALLAH !
Lepas orang pakar menyembelih , kami belajar untuk melapah sendiri ..
Kerana orang yang tukang sembelih tuu nak menyembelih lembu lembu orang kampung yang lain ..
Soo Pokde , Poksu , Pokteh and Cik Mat melakukan tugas tersebut ..
Aku tukang rakam video .. huhuu .
Ketika proses menyembelih and melapah tadi aku tak ambil gambar sebabnya aku merakam ..
Video tuu aku tak upload sini .. maaf ..
 
 
Lepas Asar , semua berangkat pulang ..
Keluarga aku ikut Poksu balik Pulai ..
Sebab esok masih cuti .. huuhuu
Singgah uma Atok Saudara terlebih dahulu di Tampoi untuk beri daging korban ..
Malam tuu jugak masak sup tulang !
Perhhhh ! Nyummy ~~
Confirm tengah malam ada yang mengembuuuu ~~
Wakakakaaa !
 
16 Oktober 2013 // 11 Zulhijjah 1434
 
Saat untuk kembali ke Kuala Lumpur ..
Pantas sungguh masa berlalu ..
Terasa seperti baru semalam tiba di Johor ..
Selamat tinggal Johor Bahru ~
InsyaALLAH kita bertemu lagi ..

Wednesday, September 4, 2013

Rumah Terbuka Peekachumey 2013 ^^

Haluu Haluuu !
 
Entri kali ney aku nak share story bout tajuk di atas nun ..

 Tahun ney suasana amat meriah ..
Tiada yang boleh membuatkan aku berasa sangat happy
melainkan kehadiran para sahabat aku ..
Dan tahun ney juga mereka tidak mengecewakan aku ..
Even still ada yang tak dapat hadir ..
 
Antara menu yang kami sediakan adalah :-
 
LAKSA JOHOR









NASI GORENG KAMPUNG


BIHUN GORENG

KFC

KOKTEL


ALHAMDULILLAH ..
 
Apa jua yang kami sediakan mencukupi dan tidak terbuang ..
Terima kasih kepada semua yang hadir ..
Dan tetamu yang paling akhir adalah twin aku ..
Al maklum laa datang dari jauhh Nogoghi nunn .. Huhuu .
Sempat lagi dia main chak chak bum bum ngan aku kat tangga rumah .
Beriyaa laa aku cari dia kat bawah rupanya dah naik tangga sebelah .
Saborr jeaa laaa , Haahaha .
 
Siapa yang tak dapat hadir , tak mengapa ..
InsyaALLAH ada umur yang panjang , kita bertemu lagi pada Syawal akan datang ..
 
Dan yang paling tak disangka sangka ,
hampir kesemua sahabat handai aku secara kebetulannya
berpakaian seolah olah mengikut tema warna ..
Sebab , kebetulan juga kami sekeluarga berpakaian serba hitam + merah ..
Tanpa dirancang , majlis ney bertemakan HITAM + MERAH ..
 
Kami hanya sempat snap beberapa gambar ..



Wednesday, June 5, 2013

Kekejaman Mereka TERBALAS !

Memang dah lama sangat aku tak update blogg aku ney ..
Ramai jugak yang bertanya .
Terima kasih pada yang follow blogg peeka yang sederhana ney ..
 
Memandangkan baru baru ney ada media menyebarkan perkembangan terkini
tentang arwah Auntie Sosilawati ..
Aku sebagai anak saudara arwah begitu teruja untuk mengetahuinya .
Mungkin u all tanya kenapa media sebar baru aku dapat tahu kann .
Sebabnya Auntie Sosilawati tuu bekas auntie aku .
Arwah kahwin dengan pakcik aku iaitu Nash Lefthanded ..
 
Sejak mereka bercerai , aku tidak lagi bertemu dengan mereka sehingga laa tersebarnya
kejadian tragis yang menimpa arwah ..
 
Berbalik pada entri asal ,
pada hari Jumaat 24 Mei 2013 bersamaan 14 Rejab 1434 ,
kami sekeluarga menerima berita tentang suspek yang terlibat menerima hukuman yang setimpal .
Selama 3 tahun menanti akhirnya ALLAH SWT memberi pembalasan terhadap mereka .
Sesungguhnya kami begitu bersyukur ke hadrat Illahi ..
Especially Erni Dekritawati , tentunya beliau begitu berpuas hati kerana
roh ibunya kini tenteram dan kematian ibunya terbela ..
 
raya terakhir bersama keluarga tercinta
Berikut kronologi kejadian : -

6 SEPTEMBER 2010
Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya , 47 , hilang sejak 30 Ogos 2010 selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam , Ahmad Kamil Abd Karim , 32 ; pegawai CIMB , Noorhisham Mohamad , 38 dan pemandunya , Kamaruddin Shamsudin , 44 .. Sosialawati dikatakan membawa RM4 juta bersama ..
                              
          

7 SEPTEMBER 2010
Dua kereta BMW masing masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5 , milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui di Apartment Angsana , Taman Subang Mewah , Subang Jaya ; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12 , Subang Jaya . Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa RM4 juta ..

8 SEPTEMBER 2010
Polis melaporkan Sosilawati dan 3 individu lain masih dalam negara . Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang , Banting pada jam 4 petang , 30 Ogos lalu . Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang 3 hari melalui telefon pada malam 30 Ogos ..

9 SEPTEMBER 2010
Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan . Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk . Polis menahan 5 suspek berhubung kehilangan 4 mangsa itu ..

10 SEPTEMBER 2010
Polis menemui lokasi 4 mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat , Banting .. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya . Polis mengesahkan bahawa Sosilawati , Noorhisham , Ahmad Kamil dan Kamaruddin dipukul sampai mati , mayat mereka dibakar di Teluk Gadong sebelum abunya dibuang ke dalam sungai ..


Walaupun kini segalanya selesai , namun persoalannya benarkah mereka berempat ini digantung sampai mati seperti yang diuar uarkan oleh pihak polis dan media ?? Sebab aku begitu bimbang jika mereka hanya menyatakan hukuman tanpa berbuat demikian seperti kes pembunuhan Altantuya yang digemparkan oleh orang ramai bahawa pembunuh mangsa sebenarnya masih hidup bebas ; tidak dihukum gantung sama sekali !

YA ALLAH ..
ENGKAU MAHA MENGETAHUI ..
BERILAH PETUNJUK KEPADA KAMI ..
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA ADIL ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...