Before you judge my life, my past or my character... Walk in my shoes, walk the path I have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. Remember, everyone has a story. When you've lived my life then you can judge me. Thankyou ♥
Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Andai Ku Tahu ~

 
Andai ku tahu apa yang berlaku pada hari ini ,
Takkan ku pilih pada masa lalu ..
Andai ku tahu Allah SWT menulis takdirku begini ,
Takkan ku bersusah payah pada masa lalu ..
 
Ehh .. Apa yang andai ku tahu tuu ?
Lirik lagu ke ? huhuu ~
Actually aku nak luah something ..
Sebabnya aku dah tak tahan nak pendam ..
Pedih ulu hati aku ney ..
* dalam iklan kata minum lah Gaviscon .. minum apa jadah ..
 
Oukee ..
Berbalik pada tajuk entri ..
Aku sekarang meneruskan bisnes mak aku .
Bisnes dobi .. yang u all klik like page at sidebar aku tuu ..
Permasalahanya sekarang ..
Ramai yang suruh aku sambung study , cari kerja luar ..
Oukee ! No problemo !
Yang jadi masalahnya , mereka mereka ney tak paham keadaan aku .
Mereka ney tak sesudah meruntuhkan semangat aku .
Kata mereka , buang duit aku belajar pandai pandai ,
akhirnya ke dobi sambil mentertawakan aku .
Termasuklah orang terdekat ..
Siapa ? Biarlah ALLAH SWT saja yang tahu .
Aku tak nak mention sebab nanti mengaibkan orang .
Sepatutnya , mereka memberikan kata kata semangat , bukan menjatuhkan semangat aku .
Apa dobi tuu hina sangat ke ?
Aku belajar pun boleh gunapakai lah kat dobi .
Someday , kedai aku tuu aku buat office .
Hanya kepadaNya aku meminta ketabahan hati .
 
Apa yang membuatkan aku tak nak sambung study mahupun kerja luar ,
bukan sebab aku malas nak cari ..
Aku dah pernah apply dah pun ..
Just aku tak sanggup tolak permintaan bonda tercinta ..
Beliau pinta agar aku dapat membantunya dalam bisnes ney ..
Beliau tak mahu ambil pekerja luar sebab zaman sekarang banyak kemungkinan yang negatif .
Soo katanya lagi , lebih baik beri gaji pada anak sendiri berbanding dengan pekerja luar ,
yang belum tentu cara kerjanya memuaskan .
Gaji serupa dengan kerja luar .
Bezanya aku dapat menyimpan lebih berbanding jika aku kerja luar .
Sebab , bila aku kerja luar , aku perlu bertambang , makan , dan sewa rumah mungkin .
Soo gaji aku bekerja sendiri lebih berbaloi daripada gaji kerja di luar ..
Aku lah satu satunya harapan beliau
 
U all fikir jelah kan ..
Anak mana yang sanggup menolak permintaan ibunya .
 Tambah lagi bisnes kami sudah pun membuka cawangan kedua .
ALHAMDULILLAH .
Allah memberikan kami rezeki secara sederhana ..
Even kekadang aku rasa terhina , macam kerdil sangat dalam kalangan mereka ney ,
namun ada juga yang memberi aku sokongan serta dorongan .
Terima kasih mak dan sahabat baik ..
Kekadang aku cuba untuk ketawa tapi dalam hati aku menangis ..
Sebak rasa hati ..
 `` Sepatutnya , mereka memberikan kata kata semangat , bukan menjatuhkan semangat aku ''
 
Soo u all dah paham kann ..
Aku cuba jelaskan rangkap yang kat atas tadi ..
Andai ku tahu apa yang berlaku pada hari ini ,
Takkan ku pilih untuk belajar tahap diploma dulu ..
Cukuplah sekadar SPM ..
Tapi mana nak tahu kann mak lebih memerlukan aku ..
 
Andai ku tahu Allah SWT menulis takdirku begini ,
Takkan ku bersusah payah apply kolej , kejar bas pergi dan balik , turun naik tangga kolej , berjaga tengah malam untuk menduduki exam ..
Tapi segalanya sudahpun berlalu ..
 
Aku tak pernah kesal kerana ilmu yang aku peroleh di kolej sebab sedikit sebanyak dapat memberi aku pengetahuan tambahan ..

Wednesday, July 11, 2012

Renovation 8th July to 11th July ^^


 
yaw yaw ~
lama sudaa aku tak sentuh lappy aku nie ..
alahaiii , betapa busy nye aku ..
hehehe ..
mana taknye , balik kolej aku terus tolong mak at dobi .
kesian pulak at mak if ada kerja banyak .
lagipun aku balik awal memandangkan kelas bermula tanpa belajar lagi .
just attendance untuk minggu pertama .
tambah lagi rumah aku di renovate ..
daripada aku duduk rumah tak tau nak buat apa , better aku pergi tolong mak ..
now !
aku nak rumuskan selama 3 hari rumah aku dipecah pecah bagai .
 SATU .
Proses memecah lantai untuk memasang mozek .
dan aku memilih mozek putih plain sajee .
mak hanya mengangguk setuju dengan pilihan aku .
DUA .
Aktiviti menampal siling bercorak bunga .
agak rumit kata Abang Asrar yang juga warganegara Indonesia Kerinchi .
sampai mereka memasang siling tuu sehingga tengah malam .
TIGA .
Aktiviti mengecat rumah dengan warna pilihan mak iaitu BIRU .
Mereka Berdua Nie Anak Jagaan Mak Long Aku .. Comel Kann ?
Sebelah Kiri Namanya Zaim dan sorang lagi Kaisan :)
 
selama 3 hari mereka merenovatekan rumah aku ,
kami sekeluarga cukup berpuas hati dengan hasil kerja mereka yang benar benar cermat .
mudah mesra ..
adakala aku bosan , aku tolong mereka pulak . HAHAHA :P
 
NAH ! TENGOK BAWAH NIE .. OUKEE TAK ?
 
 

Friday, June 1, 2012

Cerpen Peekachumey ^^

PROLOG

     Bird Chirping alarm tone beralun merdu seiring dengan cuaca pagi membuatkan si empunya handphone terjaga dari tidur. Si gadis mencapai handphonenya lalu melihat jam pada paparan skrin Nokia 3120 Classic. Si gadis terus bangun dan menarik tuala mandi pada penyangkut besi di belakang pintu. Setelah mandi , si gadis bersiap-siap untuk ke kolej. Penampilan yang simple sesuai dengan dirinya sebagai seorang pelajar dan hanya mengenakan solekan ringkas; mencalitkan sedikit celak di bahagian atas mata dan menempekkan alas bedak supaya bekas jerawatnya tidak begitu kelihatan. Dia tidak pernah memakai gincu di bibir kerana dia sendiri tidak berminat. Si ibu melihat anaknya dengan penuh kasih sayang tersenyum lalu mengarahkan si gadis supaya bersarapan terlebih dahulu. Sambil menikmati nasi goreng air tangan ibunya, mereka menonton drama Melayu di TV1 dengan penuh penghayatan. Hubungan mereka sebagai ibu dan anak cukup mesra.
_____________________________________________________
     Beg berisi laptop dipikul dan si gadis menyalami tangan ibunya sebagai tanda hormat juga memohon restu. Baginya, tanpa restu ibunya, dia tidak rasa selamat untuk keluar dari rumah. Kelihatan dari jauh seorang demi seorang berlari ke arah bus stop dan menaiki bas Metro 46/46D Pantai Dalam. Si gadis turut menaiki bas tersebut lalu membayar tambang ketika konduktor bas menghampirinya. Sementara pemandu bas tersebut menunggu penumpang, sedang si gadis merenung ke luar tingkap, handphonenya berbunyi menandakan SMS masuk ke inbox !

"Kau kat mana ?" tanya Farhan , sahabat sekuliah dengannya.
"Aku dalam bas laa.. baru jea naik.. Nape ?" balas si gadis.
"Semalam kan aku suruh kau tunggu aku mesej.. Adoii.."
"Aku ingat kau lupa.. Aku tunggu kau tak mesej mesej.. Aku risau bas Maluri lambat nanti.. Aku dah cakap if kau tak mesej sebelum jam 12pm, aku gerak naik bas.."
"Habis tu macam mana ? Aku naik kereta nie.. Rugi laa aku sorang je.."
"Takpelaa.. Aku turun kat LRT Bangsar, kau amik aku kat sana k ?"
"Aku baru bangun nie.. kau nak ke tunggu aku lama ?"
"Takpe .. Aku tunggu .. :)"

Si gadis turun dari bas setelah destinasinya tiba dan menunggu sahabatnya datang mengambilnya. Sementara menunggu, dia ke 7-Eleven untuk membeli air. Tekaknya merintih kehausan. Dalam cuaca yang panas terik, kelihatan orang ramai yang lalu-lalang di sekitar Bangsar ini masing-masing cuba untuk mengelak daripada pancaran sinar sang suria. Ada yang berpayung, ada yang hanya menutup atas mata dengan tangan, ada juga yang berteduh di bawah bumbung kedai. Si gadis hanya duduk di perhentian sambil menikmati Susu Coklat Dutch Lady, menanti dan terus menanti sahabatnya...
     Selang 2jam 45minit, baru sahabatnya muncul bersama Proton Wira berwarna biru muda yang dipandunya. Dengan langkah yang teratur, si gadis meloloskan dirinya ke dalam kereta.
'Fuhh.. Leganya rasa apabila kedinginan suhu penghawa dingin menembusi diri..' si gadis bermonolog di dalam hati.
Keadaan jalanraya tidak lah begitu sesak menyebabkan masa yang diperlukan untuk ke Taman Maluri menjadi singkat.
     Sesampainya di Fatimah Food Corner, Tahir, juga sahabat sekuliah dengan mereka menyambut kehadiran mereka. Pekerja di restoran tersebut lantas menuju ke arah mereka untuk mengambil order. Si gadis menekan butang di handphonenya lalu menaip sesuatu dan mesej dihantar kepada penerima.
Setelah empat orang sahabat berkumpul, mereka menjalankan aktiviti mereka seperti yang dibincangkan. Aktiviti melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar tahun akhir sungguh membuatkan mereka rasa tertekan. Tambah lagi masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan thesis amat suntuk !

Tanpa disedari, jam dinding milik restoran tersebut sudah pun bergerak ke angka enam ! Farhan dan Tahir telah lama pulang ke rumah meninggalkan si gadis dengan Namika. Memandangkan tiada siapa yang boleh mengambilnya dari kolej, si gadis ingin bergegas pulang kerana dia takut akan ketinggalan bas. Selesai mengemas barangnya, menyimpan laptopnya ke dalam beg, mereka membuat bayaran di kaunter dan beransur pulang...
     Si gadis menunggu bas Rapid B112 yang menuju ke Brickfields. Penantian terus berlalu membuatkan si gadis berasa bosan. Handphone yang digenggam dipicit-picit keypadnya dengan laju untuk menaip SMS...
"Hye.. buat apa ?"
"Hye... tak buat apa pon.. Kau ?"
"Aku ngah tunggu bas nak balik rumah.."
"Ohh.. Kenapa balik lambat ?"
"Tadi busy buat kerja sampai tak sedar dah jam 6.30pm.."
Si gadis terus berSMS dengan temannya juga sahabatnya tetapi berbeza bidang.

     Langit mulai kelam menandakan waktu malam bakal tiba. Melihat jam pada paparan handphonenya, waktu Maghrib sudahpun tiba. Temannya SMS lagi....

"Dah Maghrib nie.. Kau dah naik bas ?"
Si gadis terus membalas ..
"Hmmm... Belum.. Aku pon tak tau laa mane pergi bas-bas nie.. Dah sejam tunggu kott.."
"Biar aku anta kau laa.. senang.."
"Eh takpe takpe ! Aku tak nak menyusahkan kau.."
"Tak susah pon laa.. Aku lagi risau kau sorang sorang kat sana.. Kau tuu perempuan.. Dah malam nie..."
"Takpe takpe .. Jap lagi sampai laa bas tuu :)"
"Oke laa kalau macam tu.."

Si gadis bermonolog ..
'Aku cakap je tak nak menyusahkan kau tapi kau datanglah ambil aku.. aku saje je nak jual mahal.. hmm.. padan muka aku..'

     Setengah jam berlalu, bas Rapid B112 masih tidak kelihatan. Kemana agaknya bas tu pergi ? Adakah pemandunya beragama Islam dan ingin menunaikan solat fardhu Maghrib terlebih dahulu ? Jika ya, masa yang diperlukan untuk melaksanakan kewajipan bukanlah terlalu lama sehingga penumpangnya harus menunggu lebih daripada satu jam.. Tahap kebosanan si gadis sudah mencapai high level ! Tidak senang duduk dibuatnya. Sekejap berdiri, sekejap duduk. Sekejap mengiring ke kanan, sekejap mengiring ke kiri.. Kejap mendongak, kejap mendagu, kejap menunduk.. Serba tak kena ! Dalam pelbagai keadaan, handphonenya berbunyi lagi.. Dengan pantas si gadis membaca SMS yang diterimanya.
"Dah naik bas ?"
"Belommmmm.." Kali ini si gadis benar-benar lesu seakan-akan tidak bermaya untuk menanti bas yang tak pasti.
     Si gadis tertanya-tanya kenapa temannya itu tidak membalas mesejnya..
'Mungkin kredit dia habis kot.. Hmm .. Biarlah..' si gadis bermonolog lagi.
Si gadis bertambah takut apabila ada seorang lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga tua duduk di sebelah kiri dan kanannya. Demi menghilangkan rasa gemuruh serta curiga, dia bermain-main handphonenya sambil berselawat. Terkumat-kamit bibirnya selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Mungkin dua orang di sebelahnya itu berfikir bahawa gadis tersebut bernyanyi kecil untuk menghiburkan hati. Mata si gadis tidak beralih daripada arah jalanraya dimana bas yang ditunggu muncul dari situ.
     Tiba-tiba seorang lelaki memberhentikan motorsikalnya di hadapan gadis tersebut dan membuatkan si gadis terpana ! Kerana di hadapannya itu adalah teman baiknya yang berSMS dengannya tadi ! Si gadis tidak berganjak malah masih mempamerkan rasa terkejutnya seakan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.
 ___________________________________________________
EPILOG

     Sambil menghulurkan helmet, temannya memberi isyarat agar si gadis memboncengnya. Si gadis perlahan-lahan menghampiri temannya sambil memuncungkan bibirnya seperti itik dan membuat muka sedih seolah-olah ingin menceritakan kekecewaanya terhadap pengangkutan awam yang hilang entah kemana. Sambil mencapai helmet yang dihulur, si gadis bersuara...
"Eh ! Aku ingat aku mimpi sekarang nie .."
"Jangan nak terkejut sangat, aku hantar kau balik ye.."
"Patutlah tak balas mesej tadi..."
     Si gadis sungguh terharu akan sikap temannya yang benar-benar mengambil berat tentang dirinya..

Kesimpulannya, seorang gadis akan memberi alasan TIDAK MAHU MENYUSAHKAN sesiapa baik keluarga mahupun sahabatnya di dalam apa jua keadaanya walaupun di dalam hatinya meronta-ronta meminta pertolongan. Gadis seperti ini akan dikatakan EGO TINGGI , JUAL MAHAL ..
Tetapi lelaki yang benar benar memahami pasti akan dapat membaca kata hati gadis tersebut :)

SEKIAN , TERIMA KASIH .

# Dalam cerpen ini, watak yang dinyatakan adalah diri AKU sendiri. Aku laa "si gadis" itu.. Kisah benar ini berlaku pada 25 April 2012 .. Teman yang dimaksudkan aku adalah SYAHMI , seorang teman baikku di dalam susah dan senang , juga di dalam suka dan duka .

TERIMA KASIH , SYAHMI !

Friday, January 27, 2012

Hari Yang Menarik ! ^^

SALAM SEJAHTERA SEMUA :)

mulakan dengan SENYUMAN :)
u all mesti tertanya tanya kann ape yang menarik ?
haishh Peeka nie ada ada sajee kann ?
apa yang menarik nie ...
ada pergaduhan ? menarik ke gaduh ? TAKKKK ..
ada sh0w ? BUKAN JUGA ..
dapat Mini C00per ? WAAHH , UNTUNG MEYH !

sebelum aku st0ry , aku nak wish at si dia .

SELAMAT MENJEJAKI KAKI ANDA KE RUMAH SAYA , CUTE !
hehee ^^
b0leh tanya tak ?
nama awak siapa ?
umur awak berapa ?
dulu awak stay di mana ?
kenapa awak datang sini ?
alahai jangan laa diam seribu bahasa ..
saya nak kawan ngan awak laa :P

sebenarnya si dia nie KUCING PERSIAN .
ada insan yang berhati mulia beri pada keluarga aku dengan PERCUMA .
untunglaa kan ? hehee ^^ memey ar .. tak rugi meyy .
aku bersyukur sangat sangat .
rezeki datang berg0lek , takkan nak t0lak .
tuannya bagitahu nama si kucing tuu BLACK .
tapi aku teng0k telinga kucing tuu macam nak tak nak dengar jea .
HAHAHAA . kucing p0n ada perasaan kann ?
s00 aku and akak cadang bagi nama dia OMEL .
walaupun berbulu hitam kelabu , tapi ia sememangnya COMEL !

mula mula masuk dalam rumah , si Omel asyik meny0r0k jea .
tak biasa lagi ngan rumah baru and tuan baru k0tt .
tapi sekarang , bukan main manja lagi ngan aku .
so cute  ~

aku paparkan gambar aku bersama Omel dalam bl0gg nie buat tatapan u all :)


TERIMA KASIH PADA YANG MEMBERI ,
INSYAALLAH SAYA JAGA OMEL DENGAN BAIK . :)

Sunday, September 25, 2011

Special Day For Us ! ^^

SALAM SEJAHTERA SEMUA :)

t0day was a special day f0r me .
aww ~
c0z what ??
0ukee , aku share st0ry nyee .

buat pertama kalinya sese0rang lelaki yang pena aku berkawan ,
dengan penuh gentlenya si dia meluangkan masanya bersama keluarga aku .
si dia tiba ke rumah dalam jam 11am .
memandangkan si dia belum bersarapan ,
aku hidangkan kuih muih yang ada and teh panas .
sambil tuu si dia nak 0nline FACEBOOK .
aku plak sibuk melayan anak jagaan .
macam anak sendiri jea rasanya . HAHA !
lagi lagi si kecil tuu bermanja ngan si dia .
aku senyum jea melihat layanan si dia terhadap si kecil tuu .

SO SWEET !

then kami gerak ke kedai d0bi mak plak .
b0rak b0rak ,
si dia nak jugak men0l0ng .

"maklumlaa nak jadi menantu mak aku .. HAHA "

melihat si dia buat keje , aku nak tergelak .
tak tau laa kenapa . heee ^^
si dia hebat , pandai jugak buat keje at d0bi nie .
dalam jam 3pm si dia nak balik rumah .
ada Open H0use katanya .
si dia menunggu partnernya si Tekejal kesayangannya ,
then terus gerak .
aku tak f0ll0w .
dun asks me why c0z i have n0 answer :P

malam ada Majlis Rumah Terbuka Barisan Nasi0nal Lembah Pantai .
dalam jam 8pm kami sekeluarga bert0lak ke Bangsar S0uth .
bukan main ramai , tah dari mana mana yang datang .
makan FREE kann , semua berpusu pusu laah !
aku naik bengang jea at situ .
tak bernafas rasanya .
last last aku , mak and abah just ambil makanan ,
bawa ke kedai d0bi mak . makan sana jea . selesa sikit . huhuu .
sampai d0bi si dia dah menunggu .

si dia banyak mengg0da aku hari nie .
terkenyit kenyit matanya . (^,-)
kadang kadang membuatkan aku terpikat jugak .
tambah lagi keluarga aku cukup suka padanya .

mak kata :
"mak suka kat dia , dia se0rang yang berterus terang , jujur ,
senyum sajee , h0rmat 0rang tua , berbudi bahasa .."

aku hanya senyum tanpa beri apa apa resp0n .
bukan aku tak suka , tapi .. tah laa .
mungkin perasaan aku masih belum bisa menerimanya 100% .

tapi awak , perasaan saya pada awak kini ada 80% :)
insyaALLAH andai ada j0d0h antara kita ,
saya terima seadanya awak :')

Wednesday, August 10, 2011

Pelik Lagi Aneh !

haa , entri aku kali nie nak share s0mething yang agak pelik bagi aku laa .
u all teng0k gambar binatang at bawah nie .
apa pendapat u all ?
k0men u all ?



oukee , pendapat aku laa kann .
binatang nie macam kacuk laa .
tau kan means kacuk tuu ape ?
kacuk tuu campuran .

mengikut pemerhatian aku ,
binatang nie kacuk lipan and lipas .
cuba teng0k sesungutnya , kepalanya , abd0mennya and kakinya macam lipas .
tapi ek0rnya macam lipan .
waktu ia bergerak , seakan akan seek0r lipan .

tapi mengikut Nati0nal Ge0graphic , banyak lagi kann binatang pelik pelik ?
hee ^^

that's all laa !
huhuu .

Sunday, July 17, 2011

Second Chance ?


PELUANG KEDUA ?
haruskah ada peluang kedua dalam hidup kita ?
yess .. tak kisah laa dalam kateg0ri apapun .
pasti ada peluang kedua kann ?


0ukee , n0w aku nak share apa di sebalik entri aku kali nie .
emmm ... macam nie ..
EX aku datang kembali menagih kasih lama .
dia minta aku bagi peluang kedua
untuk menebus kesilapannya terhadap aku .


memanglaa tiap insan akan buat mistakes
then bila segalanya berlalu timbul laa satu penyesalan samada cepat atau lambat .
suatu perubahan yang agak baik laa kann bila
kita buat silap then kita kesal ngan kesilapan kita .
tapi pers0alannya kini ,
apakah aku harus beri peluang kedua tersebut kepadanya ?
aku buntu ..
sayang ?? yess i admit it yang aku still sayang dia .
c0z aku still single setelah dia tinggalkan aku .
tapi tah laa . aku tak dapat buat apa apa keputusan .
aku tak nak sejarah lama berulang .


aku hanya mampu berd0a .
hanya ALLAH SWT yang dapat bantu aku untuk buat keputusan yang terbaik ..

Friday, May 20, 2011

Idamanku ..

haa ,
kali nie aku nak share b0ut apa yang aku idamkan selama nie .
necklace .
seperkara nie if aku dapat ,
aku lah insan yang paling happy at muka bumi nie .
ceritanya ..
semuanya melibatkan m0ney kan ?
n0 m0ney , n0 life laa .




♥ necklace with name ♥


emm ..
nie yang aku idamkan .
yang mahal . yang bergaya . yang menarik .
aku tak sure berapa tahun aku perlu
membanting tulang dalam kerjaya t0k dapatkan
rantai ukiran nama PEEKA yang bersalut g0ld .
perghh !

i want it !

Thursday, April 21, 2011

Its Over ! Yeahh !

hari nie hari terakhir aku exam .
s00 lepas nie pikir nak cari keje ,
kumpul duet lagi ,
mengisi masa lapang ,

bytheway, aku pasti akan merindui geng geng k0lej aku ,
Muss Munceett , Paan , Tahir Therev , Namika Narahashi , Janani Jane ..
c0z d0rang nie always buat aku happy :)
rasa payah kalau kami tak berkawan .
walau macam mana p0n , kami tetap kawan sampai bila bila :)

l0ve all 0f y0u !
muahmuahmuah !!

Wednesday, April 20, 2011

Love Cats ,

hari nie lepas exam aku and geng geng k0lej aku makan at Fatima F00d C0rner .
then akak zeera ajak pegi uma die teng0k kucing and arnab ( h0use mates die bela ) .
aku memang suka kucing and arnab nie s0 aku terus setuju ngan pelawaan die , heee .

sampai uma kakak , bau kucing dah menusuk hidung kami ,
haha !
siapa yang dah biasa b0leh laa tahan , tapi yang tak pena biasa ngan sume nie terpaksalah menahan kann ??

aku laa yang pertama pegi teng0k kucing kucing tuu at ruang balk0ni .
kakak lepaskan kucing kucing tuu dari sangkar ,
perghhh c0mel gile !
gerammm !


then aku and kakak mandikan kittens tuu .
lepas mandikan , bermain and melayan keletah mereka .


tak lama tuu mereka tid0 ..
s00 cute ..

comel kann ?? heee .

Tuesday, April 12, 2011

Anak Dara = Suri Rumah ??

aku nak share sedikit st0ry b0ut rutin aku pada hari nie .
memandangkan hari nie sampai es0k aku takde exam ,
s0 hari nie aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak dara yang sebenar .

HAHAA
.
( sebelum nie tak sebenar ke kann ?? huhuuu . )

aku jadi macam surirumah hari nie ,
aku tanak nasi , buat lauk ayam masak merah , t0l0ng jaga anak 0rang ..
terasa macam aku nie dah berkahwin plak !

HUHUHUU .


ayam masak merah saya .. :)

nampak macam sedap tak ??
tapi time nie memang ada kekurangan ,
masin plak !
wawawawaaaa ..
apapun aku tetap happy c0z mak dapat makan masakan aku hari nie !
selama nie aku pegi k0lej , balik k0lej , semua dah siap .

by the way , thanks mak !
c0z ajar ika masak ayam nie .
sayanggggg mak !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...