Before you judge my life, my past or my character... Walk in my shoes, walk the path I have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. Remember, everyone has a story. When you've lived my life then you can judge me. Thankyou ♥

Sunday, March 3, 2013

Pencerobohan Di Lahad Datu ??!

 
Lepas satu , satu masalah timbul di Malaysia .
Negara yang aman damai kini digemparkan dengan berita yang penuh persoalan
dan membuatkan serata penduduk di bumi Malaysia memberi penuh perhatian .
Kini Lahad Datu , Sabah menjadi tumpuan pasukan bersenjata dari selatan Filipina .
 
Mengapa mereka menceroboh ?
Mengikut berita semasa , pencerobohan tersebut yang berlaku pada 9 Februari 2013 kerana isu tanah di Lahad Datu dimana rakyat Selatan Filipina menegaskan bahawa mereka merupakan Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya pewaris Sulu dihantar ke negara asal .
 

Pada 1 Mac 2013 ,
pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tandou , menyebabkan dua anggota polis terkorban serta tiga lagi cedera .
12 penceroboh bersenjata juga terbunuh .

Pada 2 Mac 2013 pula ,
Polis edar risalah amaran kali kedua kepada kumpulan bersenjata supaya letak senjata dan menyerah diri .

Baru baru ini , pada 3 Mac 2013 ..
Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap Sultan Jamalul Kiram III menegaskan bahawa seramai 235orang dalam kumpulan mereka yang memasuki Sabah akan berjuang hingga ke hujung nyawa dan tidak akan sesekali meninggalkan negeri tersebut .
Mereka mendakwa Sabah sebagai hak milik mereka dan tetap tidak mahu menyerah .
** laporan akan di update sehingga tamat isu pencerobohan ini . sekian .. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...